
RTM Limbang merupakan stesen kawasan yang pertama selepas RTM Kuching, ditubuhkan di negeri Sarawak. Stesen ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman pada 17 April 1971.
Mendiang Chew Hock Guan ialah Pengawal Penyiaran yang pertama untuk stesen ini, manakala En Tuah Idris sebagai Ketua Bahagian Rancangan yang pertama. Jumlah kakitangan pada masa itu cuma sekitar 25 orang merangkumi Bahagian Rancangan, Kejuruteraan dan Pentadbiran. Siaran tempatan dibahgikan kepada 3 bahasa tempatan iaitu:
Rangkaian Merah
Perkhidmatan Bisaya : 1830-1900 (30 minit)
Perkh Lun Bawang : 1900-1930 (30 minit)
Perkidmatan Melayu :1930-2030 (1 Jam)
Frekuensi Siaran :
Rangkaian Merah MW 344 meter/873 Kilohertz
Rangkaian Kuning MW 463 meter/648 Kilohertz
Penyampai pertama ke udara Bisaya (Annie Banchuan); Lun Bawang (Catherine Litad Agong) & Melayu (Zauyah Hj Rejab)
Rancangan pertama diterbitan Perkhidmatan Melayu: 'Masakan'
Penyampai : /DJ pertama 'on air' : Annie Banchuan
Penerbit : Azmi Lamat
FREKUENSI LIMBANG FM
Daerah Limbang 104.9 MHz
Daerah Lawas 101.1 MHz
Daerah Medamit 94.5 MHz

Jeffrey Bin Samy
PENGAWAL PENYIARAN RTM LIMBANG
Selamat datang ke laman web LIMBANG FM.
Dengan terbentuknya laman web ini diharap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang melayarinya tentang stesen RTM Limbang yang terletak di utara negeri Sarawak.
Stesen ini merupakan stesen kawasan yang pertama dibina selepas RTM Kuching.
Pelawat yang melayari laman ini akan mendapat maklumat mengenai sejarah, latar belakang, aktiviti serta warga stesen yang telah berusia lebih 37 tahun ini.
Laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi memaparkan info terkini dan link-link untuk berinteraksi secara 'Online' dengan warga RTM Limbang, khususnya dengan DJ yang bertugas. Pelawat akan turut berpeluang menghantar (sms, kuiz, permintaan dsb.), mendengar siaran secara 'live' rancangan yang disiarkan dan mendapat maklum balas seperti laman web stesen-stesen negeri lain di seluruh negara.
Radio dan Televisyen Malaysia Limbang, kini dikenali sebagai Limbang FM. Dalam usia yang sudah mencapai lebih suku abad itu, Limbang FM mempunyai sejarah tersendiri, dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang bin Tuanku Othman, pada 17 April, 1971.
Bangunan Penyiaran Limbang terletak di kawasan seluas satu hektar di Jalan Penyiaran yang dahulunya dinamakan Fisher Road dan jaraknya hanya satu kilometer dari pusat bandar Limbang.
Salam Muhibbah